music

Saturday, January 15, 2011

Langkah-langkah untuk menangani kenaikan harga barang keperluan

Dasawarsa ini,   kenaikan harga barang keperluan atau gejala inflasi sering menghantui kehidupan rakyat jelata, terutamanya golongan yang miskin bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Isu barangan keperluan mengalami kenaikan harga sentiasa dipaparkan pada dada akhbar dan menjadi  pokok perbincangan  di  warung kopi hingga sidang parlimen. Inflasi telah menjadi rakyat kita hidup melarat.  Bagaimanakah rakyat kita dapat melepaskan diri daripada kemelut sosioekonomi   ini?  Seperti pepatah, “Di mana cendawan tumbuh,  di situ tembilang teratah” .  Sehubungan dengan itu,  semua pihak  perlu seia sekata  mencari akal untuk menangani masalah kenaikan harga barang keperluan.
Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan ialah “Kempen Berhemat”.  Kata orang tua-tua, “Ingat  sebelum kena, jimat sebelum habis” dan “cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit“.   Amalan berjimat cermat merupakan tabiat yang terpuji.  Amalan membesarkan kerak nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri.  Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu.  Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa boros terutamanya pada musim perayaan. Sebagai contoh,  telur, daging ayam, tepung menghadapi kekurangan di pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan sehingga membazir  dan tidak dapat dihabiskan.  Jika setiap rakyat dapat berhemat  dengan tabiat cicir dipungut, hilang dicari dalam setiap pembelian dan tidak membeli secara berlebihan,  nescaya inflasi  dapat diminimumkan kerana bekalan tidak mengalami kekurangan berbanding dengan permintaan di pasaran.
Dalam konteks ini,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna harus menganjurkan “Kempen Beli Barangan Malaysia”.  Langkah ini amat mustahak untuk memulihkan masalah inflasi. Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan keperluan asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import. Walhal,  harga barangan tempatan lebih berpatutan kerana  kos pengangkutan lebih murah.   Contoh,  rakyat kita seyogianya  makan buah-buahan dan sayur-mayur tempatan yang lebih segar dan berkhasiat  daripada barangan import.  Seperti peribahasa, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.  Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan bersemangat patriotik,  kempen tersebut berupaya meningkatkan peniagaan dalam negara.  Senarionya,  petani, peniaga dan  pengusaha industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh  manfaatnya.  Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang asing.  Inflasi turut diredakan.
Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh untuk membendung inflasi.  Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tamak haloba, pegawai yang terlibat tidak patut bertindak sambil lewa atau bena tak bena sahaja. Misalnya pemantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja.  Lebih-lebih lagi kegiatan rasuah meruwatkan situasi ini.  Tanpa tindakan undang-undang yang ketat, peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan meningkatkan  harga barangan jualan tanpa belas kasihan.  Rentetan daripada itu,  kompaun dan hukuman penjara mandatori   harus dijatuhkan dengan semaksimumnya terhadap peniaga yang  licik.  Pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis perniagaan dan pasar malam. Masyarakat kita perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti “Rakan Cop” untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga .   Hukuman yang ketat dan tindakan pegawai yang bersih, cekap dan amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin menangguk di air keruh.
Orang ramai juga diseru supaya menanam sayur-sayuran di halaman rumah masing-masing.  Sebenarnya,  cadangan ini pernah dipraktikkan pada 1970-an  dengan  rancangan Buku Hijau.  Ketika dilanda inflasi, khalayak ramai diseru supaya menjalankan penanaman di halaman rumah.  Contohnya, hidroponik diperkenalkan kepada masyarakat bandar untuk menanam sayur-sayuran di halaman rumah.  Orang ramai tidak patut memandang enteng terhadap hal ini kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Kita boleh menanam sayur-sayuran sebagai hobi untuk mengisi masa senggang. Selain menjamin kesihatan fizikal dan mental, kita dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli sayur-mayur organik tanpa racun serangga.  Tindakan ini bagai serampang dua mata. Alangkah baiknya, kita dapat memperoleh cili, tomato, bawang hijau, serai, ulam-ulaman yang segar-bugar  dari pasu bunga di halaman rumah kita. Dengan kata lain, penanaman sayur-sayuran di rumah turut menyumbang ke arah inflasi sifar.
Bagaimanapun,  kerajaan kita memerlukan perancangan yang bersepadu untuk menangani inflasi di negara kita.  Sebagai cerucuk kepimpinan negara, anggota kabinet harus menentukan segala polisi kerajaan dilaksanakan dengan berkesan tanpa menimbulkan inflasi. Pemimpin dan para pegawai awam yang terlibat harus memantapkan defisit pendapatan negara, meningkatkan produktiviti  masyarakat kita,  menjamin kestabilan mata wang Malaysia, menaikkan kadar faedah simpanan, mengawal kenaikan gaji secara rasional serta memastikan pengagihan barangan keperluan di dalam negara. Hal ini dapat mengelakkan pengaliran mata wang yang terlalu banyak di dalam pasaran tempatan sehingga berlakunya inflasi.  Sebarang tindakan kerajaan akan memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat jelata. Kita tidak tergamak melihat golongan miskin dibebankan lagi dengan inflasi kerana berapa berat mata memandang, lebih berat lagi bahu memikul. Kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana seperti peribahasa, “menarik rambut di dalam tepung”.  Sebelum memansuhkan subsidi terhadap bahan keperluan asas,  kerajaan patut membuat kaji selidik dan analisis tentang kesannya terhadap indeks inflasi di negara kita.
Tuntasnya,  pihak kerajaan dan Persatuan Pengguna harus berkomitmen untuk menangani masalah  inflasi  di negara kita. Semua pihak tidak patut bersikap melepaskan batuk di tangga. Bayangkan masih banyak rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan terpaksa menghadapi inflasi.  Jangan biarkan cogan kata,  “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”  sebagai slogan sahaja. Lantarannya,  kita perlu berganding bahu dan bersinergi untuk menoktahi inflasi  di negara kita.

http://twoohiok.wordpress.com/2010/08/16/langkah-langkah-untuk-menangani-kenaikan-harga-barang-keperluan/

Punca-punca kenaikan harga barang (Inflasi)

Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi, iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata, terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai kain basah kering di pinggangDuri dalam daging ini perlu dicabut dalam masyarakat kita sebelum parah, rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara  harus menjadi iktibar di negara kita.  Sebelum mengatur langkah untuk menangani masalah ini, biarlah pihak berkuasa menyusuri  punca-punca kenaikan harga barang di negara kita.
Kata orang tua-tua, “ada asap, ada api”. Setiap kemusykilan pasti ada pangkal pokoknya. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan harga minyak.  Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik secara drastik di pasaran antarabangsa, sehingga pernah mencecah US $144 setong pada tahun 2007.  Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu  ke negara jiran kita. Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel  untuk mengurangkan beban kewangan.  Penyeludup yang tamak  telah menyebabkan rakyat jelata mengalami penderitaan.  Hal  ini sama dengan peribahasa, “ orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah.” Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan. Walhasilnya,  harga semua barangan turut naik dengan serentak.
Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan.  Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit.   Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang  berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan  seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang.  Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal.
Tambahan pula, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini.  Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam.  Peniaga  negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing.  Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar.  Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah.  Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum.
Lebih-lebih lagi,  ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang.  Demi meragut keuntungan yang lumayan,  terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang  seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu.  Hal ini sering berlaku  dalam masyarakat kita.  Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering  menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang.
Kita semua sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan tercetusnya inflasi.  Sehubungan dengan itu, pengguna kita juga perlu  bertanggungjawab dalam konteks ini.  Rakyat Malaysia tidak memiliki kesedaran tentang ilmu kepenggunaan.  Mereka sering membeli-belah dengan berdasarkan nafsu dan bukan berpaksikan keperluan.  Sebagai contohnya, ketika musim perayaan,  penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan  sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya.  Tamsilnya, mereka sering merebut daging ayam dan telur.  Mereka membuat kuih-muih dan juadah dengan terlalu banyak.  Apabila permintaan di pasaran lebih banyak daripada bekalan,  harga barang naik secara drastik lagi.  Siapakah yang menjadi mangsa?  Tepuk dada tanya selera.  Kenapa perayaan tidak boleh diraikan secara sederhana?  Bukankah hubungan yang intim sekeluarga lebih penting daripada  menyediakan makanan yang melambak?  Ingatlah peribahasa, “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Untuk melepaskan diri daripada belenggu inflasi,  pihak kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana  seperti menarik rambut di dalam tepung untuk menangani masalah ini daripada terus menular. Kerjasama pihak pengguna, peniaga dan prihatin pihak berkuasa amat signifikan untuk meminimumkan inflasi sehingga mencapai inflasi sifar. Hal ini memang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
http://twoohiok.wordpress.com/2010/08/16/punca-punca-kenaikan-harga-barang-inflasi/

Wednesday, January 5, 2011

要幸福就得明白遗憾,要成功就得经历失败...
想要得到些什么,就得付出些什么...
想要得到越多,就得付出越多...
上天为每个人编写了序章与终章,
但故事的内容依旧是自己填满的是喜剧是悲剧都是自己决定的...
天定生死,人定悲欢...



Sunday, January 2, 2011

peranan remaja dalam membudayakan negara

budaya secara kasarnya didefinisikan sebagai ideologi atau identiti sesuatu komuniti.budaya negara merupakan identiti negara tersebut yang membezakannya dengan negara2 lain.renaja sebagai aset negara sewajarnya perlu merangka strategi bagi membudayakan negara ini ke arah yang lebih cemerlang.ramai yang memandang enteng peranan remaja dalam membudayakan negara ini.pada pendapat mereka,usia remaja yang baru setempuk pinang masih belum matang bagi memikirkan hal2 yang berkaitan dengan masa depan negara.namun begitu,pihak2 yang memiliki pendapat ini bagaikan bersedia untuk kecundang dalam menjaga maruah negara.di sini,kita akan bincangkan peranan remaja dalam membudayakan negara.

pengertian remaja iaitu suatu tahap peralihan dari alam kanak2 kepada alam dewasa sudah cukup menggambarkan kesukaran yang terpaksa dilalui.di sini,remaja akan bergelut dalam mencari identiti diri.peperangan antara remaja dan gejala sosial boleh diibaratkan sedahsyat perang dunia perang dunia ketiga.oleh itu,remaja harus sedar,peranan mereka dalam menyelamatkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah keruntuhan moral ini.hal ini dapat meringankan beban kerajaan bagi membendung masalah sosial di samping memberi sinar harapan bahawa masih ada lagi beliawan dan beliawanis yang berwawasan dalam memikul tugas menjaga maruah negara.

umum telah mengatahui bahawa remaja amat mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sama ada baik atau buruk.di sinilah titik tolaknya kita perlukan peranan remaja yang berwawasan bagi menyelamatkan rakan mereka yang telah atau hampir lemas dalam gelombang pemidenan.hal ini dapat meramaikan lagi remaja berwawasan bagi memikul maruah negara di bahu mereka.tambahan pula,peranan remaja ini amat besar ertinya bagi mencegah budaya kuning daripada menjadi sebatian darah daging rakyat malaysia dan mengekalkan adat ketimuran yang menjadi warisan kita turun-temurun.

sudah semestinya sebagai negara membangun yang menuju ke taraf negara maju,kita memerlukan budaya yang bersih dan bertenaga dalam memacu negara kepada cita2 murni ini.jangan kita lupa peranan remaja dalam isu ini membawa peratusan yang agak tinggi sebagai faktor2 keberhasilan cita2 negara.bagi memajukan negara,kita perlu masyarakat yang aktif dan kritis.masyarakat ini pula memerlukan penggerak dan remajalah penggerak wawasan negara ini.sehubungan itu,remaja dan masyarakat tidak wajar dipisahkan sebaliknya kita perlu megggalakkkan mereka untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.rakyat akan lebih optimis dengan wawasan negara apabila melihat golongan umur terbanyak di malaysia ini turun padang dalam menjayakannya.

kadangkala,kita perlu membiarkan remaja mengendalikan sesuatu program namun ia masih dalam pengawasan orang yang berpengalaman.melalui cara ini,kita dapat melihat sejauh mana budaya bekerjasama yang diterapkan leh mereka.tidak mustahil budaya yang sama akan menjadi sebatian ideologi negara ini apabila tiba giliran mereka menggalas tampuk pentadbiran negara.jika ada kesilapan,golongan dewasa perlu menegur mereka dengan cara yang berhemah agar mudah ia tersemat di hati.budaya ini akan ditanam dan tidak mustahil budaya yang dahulunya dicipta pada zaman remaja dahulu merupakan budaya negara apabila diri telah diangkat sebagai pentadbir negara.

selain itu,belajar bersungguh-sungguh juga merupakan peranan remaja dalam membudayakan bangsa.melalui pembelajaran,remaja akan mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu mencapai satu tahap di mana dapat mengambil keputusan secara spontan dan pragmatik apabila keadaan mendesak.hal ini dapat memajukan malaysia dalam pelbagai sektor ekonomi sehingga mampu dikagumi oleh pusat kawala ekonomi dunia di amerika syarikat.segalanya tidak mustahil untuk dicapai cuma tidak mudah untuk mendapatkannya.mana mungkin tanpa jati diri yang kukuh remaja kita dapat membudayakan negara yang tercinta ini?

kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan tidak akan menentukan kejayaan anda dalam dunia sebenar.kita memerlukan kreativiti.siapa yang dapat meyanggah hujah bahawa membudayakan negara tidak memerlukan kreativiti?peranan remaja dalam mencipta budaya remaja yang unik namun masih disegani masyarakat lain merupakan hasil kreativiti.sekiranya jepun dan thailand mampu melangkah ke hadapan tanpa meninggalkan budaya negara merek,kenapa kita tidak?kita juga mempunyai budaya yang unik dan berwawasan cumakita tidak terlalu menghayatinya kerana berselindung di sebalik gaya hidup barat.sekali lagi,peranan dan penglibatan remaja amat kita dambakan dalam usaha membudayakan negara.

tuntasnya,oeranan remaja dalam membudayakan negara bukanlah satu omongan kosong atau perbuatan cangkul angin.sebaliknya,ia menjadi bukiti komitmen para remaja terhadap tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.


sumber : http://impianrika.blogspot.com/2010/10/peranan-remaja-dalam-membudayakan.html