music

Saturday, March 26, 2011

peranan ibu bapa dalam pembentukan modal insan yang maju

Setiap ibu bapa di dunia ini pastinya mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna. Baru-baru ini,berita tentang kejayaan adik Nur Madihah yang mendapat 20A dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia sekali
gus menjadikan beliau sebagai contoh bagi anak-anak muda untuk mencapai kecemerlangan
dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, usaha ibu bapa memainkan peranan penting untuk
memastikan harapan mereka itu tercapai.

Pertamanya, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak
mereka sejak kecil lagi,seperti pepatah Melayu µmelentur buluh biarlah dari rebungnya¶. Hal ini
demikian kerana, anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati
dan lebih mudah untuk memahami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Buktinya, mereka tidak
mudah melakukan perkara negatif dan sentiasa sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan. Oleh itu,hal sebegini akan menguatkan pegangan anak-anak dalam kehidupan dan
sentiasa ingin memajukan diri demi menjadi modal insan yang sempurna.

Selain itu,ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan dan kemudahan yang berkaitan
dengan pendidikan kepada anak-anak mereka. Segala pertolongan daripada ibu bapa akan dapat
membantu meningkatkan proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah khususnya. Sebagai
contoh,penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Ibu bapa harus menyediakan tempat
belajar yang strategik serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak mereka.
Dengan hal ini,anak-anak mereka dapat belajar secara efektif dan berkesan.

Di samping itu juga,adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyokong setiap
penglibatan dan aktiviti anak-anak yang menjurus ke arah kebaikan serta kecemerlangan mereka
dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang memperuntukkan masa dan perhatian
untuk anak-anak biasanya akan berjaya melahirkan insan yang berkualiti. Ibu bapa dapat
member kata-kata peransang serta bimbingan sama ada secara formal atau melalui tindakan dan
percakapan. Contohnya,ibu bapa dapat memberikan mereka hadiah sekiranya anak-anak mereka
berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Dengan cara ini,anak-anak mereka akan berasa
lebih yakin dan bersemangat untuk belajar.

Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau setiap aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka.
Hal ini penting bagi menjamin disiplin anak-anak agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan
penyakit sosial yang kian berleluasa. Antaranya ialah melepak dan ponteng sekolah. Ibu bapa
perlu sentiasa bertanya keadaan mereka di sekolah dan mengambil tahu setiap perkara yang
mereka lakukan. Janganlah bersikap lepas tangan terhadap perkara seperti ini.
Justeru,pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam merealisasikan impian mereka untuk
menjadikan anak-anak mereka orang yang Berjaya.
Konklusinya,semua pihak khususnya ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha
membentuk modal insan dalam diri anak-anak selaras dengan visi kudsi mantan perdana menteri
Malaysia,Tun Mahathir Mohammad dalam mencapai Wawasan 2020. Dalam pada
itu,pembentukan modal insane amat penting bagi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa
dan berkaliber pada masa yang akan datang. Hal ini membolehkan Negara kita duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain.


http://www.scribd.com/doc/41842552/Peranan-Ibu-Bapa-Dalam-Pembentukan-Modal-Insan

No comments:

Post a Comment